MRSM seluruh negara diisytihar cuti esok
MRSM Balik Pulau juarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025
PUTRAJAYA – Semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara akan diberi cuti esok sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pasukan ragbi MRSM Balik Pulau (Cougars BP) menjuarai Kejohanan Ragbi Super Schools 2025 hari ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, sebentar tadi.
Terdahulu, Cougars BP mencipta sejarah apabila menjadi wakil MRSM pertama yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut selepas menewaskan Victoria Institution (VI) dengan keputusan tipis 14-13 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Taman Ekuestrian Putrajaya.
Kejayaan itu turut diserikan dengan persembahan cemerlang oleh pemain MRSM Batu Pahat, Muhammad Firdaus Zolkifli, yang muncul sebagai wira pasukan setelah melakukan dua try dramatik dalam kedua-dua babak perlawanan.
Kedua-dua try tersebut kemudiannya disempurnakan menerusi tendangan conversion oleh Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhill serta Aqil Zikry Abdul Malek.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







