BERITA SEMASA

Guru selamat tiba di New Delhi, bawa misi Diplomasi MADANI ke Sidang Kemuncak BRICS

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, sekali gus membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial yang turut memohon doa agar misi diplomasi negara sepanjang persidangan berkenaan mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

“Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan,” menurut hantaran itu.

Kehadiran Malaysia di persidangan berkenaan dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan diplomatik serta mengetengahkan kepentingan dan pendirian negara di peringkat antarabangsa.

Pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

Terdahulu pesawat khas yang membawa beliau bersama delegasi rasmi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam (AFS Palam) tepat jam 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Agenda persidangan kemuncak diteruskan pada Sabtu apabila beliau akan menghadiri sesi pembukaan di Pusat Konvensyen Bharat Mandapam, disusuli siri rundingan dua hala bersama rakan sejawatan termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian sebelum menghadiri Majlis Resepsi Makan Malam rasmi para pemimpin.

Penganjuran sidang kemuncak kali ini oleh India membawa signifikasi besar kepada Putrajaya.

Penyertaan ini memberi peluang untuk membuktikan keupayaan Malaysia di peringkat global yang akan melengkapkan peranan aktif kita dalam kerangka pelbagai hala seperti ASEAN, PBB, dan OIC.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button