Enam pendaki diselamatkan dibawa ke IPD Gerik
GERIK – Enam individu termasuk empat sekeluarga yang diselamatkan setelah dipercayai hilang ketika menyertai aktiviti pendakian Trans Gerah di Hutan Simpan Lojing, Kelantan, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, pukul 11 pagi tadi.
Kesemua mereka dibawa ke IPD Gerik untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Terdahulu, kesemua individu berkenaan dibawa keluar dari Pos Kemar menggunakan bot ke Jeti Trojan di Tasik Temengor
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kesemua mangsa digerakkan selepas mereka gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.
Keenam-enam individu itu dilaporkan memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lepas.
Enam individu terbabit ialah dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








