JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM kesan lelaki bantu siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warganegara Malaysia bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut SPM, Toh Lean Seng, 53, telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesan dibuat di alamat terakhirnya di 15-1 231, TR Service Apartment, 231 Jalan Tun Razak, 50490 Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PsK Mohd Shokray Yahaya di talian 019-6236680,” kata SPRM dalam satu kenyataan, hari ini

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi emel mohdshokray@sprm.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button