LUAR NEGARA

11 pendaki maut dilanda runtuhan salji di Rusia

MOSCOW – Sekurang-kurangnya 11 pendaki maut manakala enam lagi cedera selepas dilanda runtuhan salji ketika mendaki Gunung Mizhirgi di wilayah Kabardino-Balkaria, Caucasus Utara, Rusia, Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan apabila runtuhan salji melanda sekumpulan 33 pendaki yang berada di kawasan pergunungan berkenaan.

Menurut perkhidmatan kecemasan tempatan, usaha mencari enam pendaki yang masih hilang diteruskan ketika pasukan penyelamat berdepan keadaan pergunungan yang tidak stabil.

Dalam perkembangan sama, 10 pendaki berjaya turun dari gunung itu dengan usaha sendiri selepas insiden berlaku.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan membabitkan lebih 50 anggota kecemasan dan penyelamat.

“Bagaimanapun, operasi berkenaan berdepan kesukaran berikutan keadaan muka bumi yang mencabar selain risiko runtuhan salji susulan,” katanya.

@malaysiatribune

Sekurang-kurangnya 11 pendaki maut manakala enam lagi cedera selepas dilanda runtuhan salji di Gunung Mizhirgi, Caucasus Utara, Rusia. #malaysiatribune #beritasemasa #videoreelsシ #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Gunung Mizhirgi merupakan antara puncak tertinggi di Caucasus Utara dan terletak di kawasan Bezengi Gorge, Kabardino-Balkaria.

Pihak berkuasa Rusia turut memulakan siasatan berhubung kejadian berkenaan, termasuk kemungkinan berlaku kecuaian.

Kejadian itu merupakan antara insiden runtuhan salji terburuk membabitkan kumpulan pendaki di kawasan Caucasus dalam tempoh terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button