Empat beranak antara enam individu dikhuatiri hilang ketika Ekspedisi Trans Gerah
GUA MUSANG – Enam individu termasuk empat beranak dikhuatiri hilang ketika ekspedisi Trans Gerah di Hutan Simpan Kekal Lojing, di sini, beberapa hari lalu.
Memetik laporan BH Online, selain suami isteri dan dua anak mereka, dua lagi yang dipercayai hilang merupakan malim gunung.
Menurut sumber, kumpulan itu memulakan pendakian 29 Ogos lalu dan dijangka turun lepas Khamis di Pos Kemar, Perak.
Bagaimanapun, kesemua mereka masih gagal dihubungi, dengan satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
“Difahamkan kali terakhir ahli keluarga dapat menghubungi salah seorang pendaki itu pagi 1 September lalu dan dimaklumkan mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.
“Namun selepas itu mereka gagal dihubungi sehinggalah laporan polis dibuat kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima laporan kehilangan itu dan pihaknya sedang berhubung dengan agensi seperti Jabatan Hutan.
“Kemungkinan besar kumpulan ini sudah melepasi sempadan Kelantan menuju ke Pos Kemar,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







