BERITA SEMASA

Hilang di kebun sawit sejak Ahad, warga emas ditemui selamat

JEMPOL – Seorang warga emas yang hilang sejak Ahad lalu dalam sebuah kebun sawit di Felda Palong 3, ditemui selamat oleh pekerja ladang di kawasan ladang sawit Palong 4, di sini tengah hari tadi.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Jefri Jamal, mangsa dijumpai kira-kira pukul 12.10 tengah hari di lokasi yang berjarak 3.5 km dari kawasan dia dilaporkan hilang, lapor Kosmo.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk di bawa ke Klinik Kesihatan Palong 4, 5 & 6 bagi pemeriksaan kesihatan,” katanya, hari ini.

Laporan media kelmarin menyebut, Abdullah Alias, 78, dikatakan keluar ke kebun sawit dari rumahnya kira-kira pukul 5 petang sebelum gagal dikesan dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sejak Isnin lalu.

Sementara itu, menantu mangsa, Nursyazwani Yussharizal, 32, berkata, mereka sekeluarga berasa sangat lega lebih-lebih lagi ayah mentuanya ditemukan dalam keadaan selamat.

Related Articles
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button