Ismail Lasim zahir taat setia kepada Tuanku Muhriz, tumpu tadbir negeri
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa tumpuan beliau kini adalah untuk melaksanakan amanah sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat dan kemajuan negeri.
Justeru katanya, beliau menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, kenyataan media YTM Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026 telah diambil maklum dan segala pandangan yang dizahirkan oleh mereka merupakan hak masing-masing.
Katanya, apa jua pandangan yang dikemukakan Undang Yang Empat adalah hak mereka.
“Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu susulan tersebarnya surat dan pengumuman berkaitan Proklamasi di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Dalam kenyataan pada 5 September, Undang Yang Empat mendakwa mereka telah menandatangani Proklamasi pada 19 April 2026 bagi mengisytiharkan penurunan takhta Tuanku Muhriz.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








