Polis mohon bantuan orang ramai kesan warga emas hilang di USJ 19
PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita warga emas berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat keluar dari kediamannya di USJ 19, Subang Jaya pada 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asistan Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan daripada keluarganya pada pukul 2.30 pagi, 1 September lalu.
Menurutnya, wanita terbabit, Sam Aah Mooi kali terakhir dilihat keluar dari kediamannya di B10-10, Rhythm Avenue, Persiaran Kewajipan, pada pukul 2.30 petang, 31 Ogos.
“Ketika keluar dari rumah, wanita itu dipercayai memakai kemeja bercorak hitam putih dan berseluar pendek berwarna cerah.
“Aah Mooi mempunyai ketinggian 141 sentimeter, berat 27 kilogram, berkulit kuning langsat serta rambut putih pendek paras bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata, wanita itu turut mempunyai hidung kemek, mata kecil dan mulut nipis serta mengalami masalah kulit kering akibat alahan pada tangan.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah melihat Aah Mooi supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7100.
“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








