UTM nafi individu dalam poster tular adalah staf universiti
JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menafikan individu yang dipaparkan dalam sebuah poster tular di media sosial merupakan staf universiti berkenaan.
UTM dalam kenyataan rasmi berkata, poster yang menggunakan identiti visual dan maklumat berkaitan universiti itu telah diubah suai daripada poster asal.
Menurutnya, individu yang dipaparkan dalam poster tular tersebut bukan staf UTM dan bukan individu yang dinamakan dalam poster asal.
“UTM memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti universiti yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi staf dan institusi,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, UTM berkata pihaknya berhak mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab.

Universiti berkenaan turut meminta orang ramai menghentikan penyebaran poster yang telah diubah suai tersebut bagi mengelakkan kekeliruan serta penyebaran maklumat tidak sahih.
Orang ramai juga dinasihatkan merujuk saluran rasmi UTM bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan disahkan.
Terdahulu, tular video di media sosial melibatkan pergaduhan mulut seorang wanita yang didakwa memotong barisan di sebuah pusat beli-belah.
Wanita yang mengeluarkan kata-kata kesat itu kemudian didakwa merupakan seorang individu bergelar Datin Haliza dan merupakan kakitangan UTM.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







