Bekas menteri direman 5 hari
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang bekas menteri bersabit isu Laporan RCI Tabung Haji, hari ini.
Perintah reman selama lima hari sehingga 6 September 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi.
Terdahulu, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.
Dalam pada itu, SPRM telah melepaskan tiga individu yang terdiri daripada dua orang bekas pengurusan kanan tertinggi Tabung Haji dan seorang bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga disabitkan isu Laporan RCI Tabung Haji.
Sebelum ini, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an tersebut masing-masing telah ditahan reman sejak 21 dan 28 Ogos lalu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan bekas menteri tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







