
Team LHDN sumbang RM315,000 kepada Tabung Palestin
CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyumbang sebanyak RM315,000 untuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestine (AAKRP).
Menurut LHDN dalam satu kenyataan, sumbangan itu berjaya dikumpul daripada Team LHDN seluruh negara untuk sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
“Sebagai inisiatif keprihatinan, tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin, Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada 24 Oktober 2023 yang lalu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
“Ia adalah bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik yang berlaku di Semenanjung Gaza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN kepada wakil pihak Kementerian Luar, Jeremiah Oliver Jitos hari ini.
“Sumbangan ikhlas Team LHDN ini adalah merupakan manifestasi sokongan dan solidariti LHDN bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam usaha membantu misi kemanusiaan sekali gus memupuk semangat Malaysia Madani yang menyokong keamanan sejagat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















