BERITA SEMASA
FAMA nafi ambil warga asing sebagai peserta pasar tani
JERTIH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menafikan dakwaan mengambil individu bukan warganegara sebagai peserta pasar tani susulan penularan gambar seorang lelaki dipercayai warga asing menjual sayur di sebuah pasar pagi di Besut.
Menurut FAMA Terengganu, memaklumkan pasar tani yang tular itu di Kuala Besut dan tidak melibatkan pasar tani kendalian agensi tersebut.
“Hanya dua lokasi pasar tani di Besut di bawah seliaan FAMA, iaitu Pasar Tani Jertih yang beroperasi setiap Khamis dan Pasar Tani Alor Lintang pada Sabtu,” katany daalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial gambar seorang lelaki dipercayai warga asing menjual sayur di sebuah pasar pagi di Besut.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








