BERITA SEMASA

RIUH Merdeka kembali ke Putrajaya, tampil seni dan budaya Orang Asli

PUTRAJAYA – RIUH Merdeka kembali ke Putrajaya buat kali kedua dengan mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan kreativiti masyarakat termasuk komuniti Orang Asli.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad itu di tapak parkir Monumen Alaf Baru, Putrajaya, turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Pengurus Pemasaran dan Promosi RIUH, Faliq Effendy berkata, edisi kali ini memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti Orang Asli menerusi permainan tradisional kecang dan alat muzik pansul.

“Wakil dari kampung Orang Asli turut mengendalikan bengkel kreatif bagi berkongsi kemahiran serta warisan budaya dengan pengunjung.

“Sebanyak 19 bengkel kreatif disediakan, manakala 18 artis dijadualkan membuat persembahan termasuk Aniza Idris, Ernie Zakri, Anuar Zain dan Hafiz Suip.

“RIUH turut memberi ruang kepada artis akar umbi untuk diketengahkan,” katanya dalam.satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, program itu turut mengetengahkan elemen kreatif pelbagai kaum termasuk permainan mahjong, selain persembahan gabungan tarian zumba dan muzik manggra.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan serta jualan daripada 30 jenama tempatan.

Pada 30 Ogos, program berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 pagi sebelum disambung selepas perarakan Hari Kebangsaan sehingga jam 2 petang pada 31 Ogos.

Kesemua aktiviti dan persembahan adalah percuma, manakala pengunjung hanya perlu membayar makanan dan minuman yang dibeli.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button