BERITA SEMASA

Sunway Lagoon kesal, pandang serius insiden libatkan 10 pengunjung

PETALING JAYA – Taman Tema Sunway menyatakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu sehingga melibatkan 10 orang pengunjung.

Dalam kenyataan, Sunway Lagoon berkata, pihaknya amat prihatin terhadap pengunjung yang terjejas serta kesukaran yang dialami mereka dan keluarga.

“Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

Susulan insiden berkenaan katanya, tumpuan utama diberikan kepada penjagaan dan kesihatan pengunjung yang terlibat.

Pada masa sama katanya, Sunway Lagoon turut menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan selain terus berhubung rapat dengan pengunjung serta keluarga mereka.

Sementara itu katanya, mereka sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden berkenaan.

“Kami bersedia meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa dan individu-individu yang terlibat sepanjang proses ini,” katanya.

Sunway Lagoon menegaskan pihaknya memandang serius perkara itu dan kekal komited sepenuhnya bagi memastikan semua tarikan serta fasiliti mencapai tahap keselamatan tertinggi.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan dan keyakinan para pengunjung terus terjamin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button