Suspek bakar wanita berjaya ditahan tengah hari tadi
KUALA LUMPUR – Suspek kes bakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, 9 Ogos lalu, berjaya ditahan hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa mengesahkan suspek berjaya ditahan tengah hari tadi, lapor Bulrtin TV3.
BACA JUGA:
Wanita parah dibakar hidup-hidup, Ahli Parlimen Kepong tawar ganjaran RM5,000 bantu kesan suspek
Wanita warga emas melecur dibakar suspek tidak dikenali
“Ya suspek sudah ditahan dan satu sidang media akan diadakan esok,” katanya, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang wanita warga emas melecur 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol lalu dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong.
Jasni Zolpa dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 8 pagi memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan diserang suspek lelaki yang tidak dikenali.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







