SPM 2026 bermula 26 Oktober hingga 17 Disember – KPM
PUTRAJAYA – Seramai 420,879 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang akan dilaksanakan mulai 26 Oktober hingga 17 Disember, tahun ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, peperiksaan berkenaan membabitkan 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November.
Bagi Ujian Amali Sains pula, dijadualkan berlangsung 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis akan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember.
Sementara itu, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dijadualkan pada 30 November, diikuti Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember.
KPM berkata, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam masa terdekat.
“KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur,” kata kenyataan itu, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








