Isteri anggota polis didenda RM6,000, guna akaun anak OKU dalam penipuan rumah sewa
KOTA TINGGI – Seorang wanita hamil yang juga isteri anggota polis menangis ketika merayu hukuman ringan selepas mengaku bersalah menggunakan akaun bank anak kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dalam kes penipuan sewaan rumah tidak wujud.
Noor Fazira Sinen, 31, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.
Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung lima anak termasuk seorang OKU, selain menjaga ibunya yang sudah berusia, memetik laporan Kosmo! Online.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap tertuduh dan menetapkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Noor Fazira didakwa tanpa maksud yang sah memiliki dalam kawalannya instrumen pembayaran milik orang lain iaitu akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik anak kandungnya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Anggerik 2/12, Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara, di sini, antara 30 April hingga 22 Mei lalu.
Akaun berkenaan kemudian digunakan untuk memperdaya seorang wanita sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM1,500.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


