BERITA SEMASA
Gempa Bumi 5.2 magnitud gegar laut Bali
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud dilaporkan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada jam 2.10 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa itu dikesan pada koordinat 7.2 darjah selatan dan 117.2 darjah timur, kira-kira 194 kilometer timur laut dari Mataram, Indonesia.
Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 499 kilometer.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat mengenai gempa tersebut turut dikongsikan MetMalaysia menerusi hantaran di laman Facebook pada awal hari ini.
Setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang kesan atau kerosakan yang melibatkan Malaysia susulan kejadian gempa bumi berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








