LUAR NEGARA

Hospital al-Shifa terputus bekalan elektrik: Dua bayi pramatang maut akibat tiada oksigen

GAZA – Sekurang-kurangnya dua bayi pramatang yang menerima rawatan di  Hospital al-Shifa dilaporkan meninggal dunia dan 37 lagi dalam keadaan kritikal susulan tindakan rejim Zionis Israel yang memutuskan bekalan elektrik di hospital berkenaan.

Memetik laporan portal berita Al Jazeara, Pengarah hospital, Muhammad Abu Salmiya, berkata punca kematian dua bayi pramatang itu adalah kerana tiada bekalan oksigen.

Lebih buruk, katanya, pergerakan kakitangan atau individu lain di dalam kawasan hospital diancam serangan penembak tepat tentera Israel.

Hari ini, tentera Israel sudah melakukan kepungan ke atas Hospital al-Shifa, selepas operasi tentera di darat menceroboh semakin jauh ke dalam wilayah Semenanjung Gaza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, mereka sudah terputus hubungan dengan petugasnya di dalam hospital terbesar di Gaza itu.

Tambah portal itu, serangan udara Israel sebelum ini mengorbankan dua doktor di hospital bersalin Mahdi.

Hampir 200,000 rakyat Palestin melarikan diri dari utara Gaza sejak tempoh tiga hari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button