LUAR NEGARA

Israel mulakan operasi ketenteraan di Jenin

Didahului serangan udara pada awal pagi

TEL AVIV – Tentera rejim Israel dilaporkan sudah menggerakkan anggota tenteranya memasuki bandar Jenin bagi memulakan operasi memburu saki-baki pejuang Palestin.

Laporan The Jerusalem Post menyebut, operasi darat itu dimulakan sejurus bandar tersebut dihujani serangan udara yang turut menyasarkan infrastruktur penduduk.

Jurucakap tentera Israel (IDF), Brigadier Jeneral Daniel Hagari berkata, setakat ini operasi ketenteraan tertunpu di bandar Jenin, tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan diperluaskan ke bahagian lain Tebing Barat yang turut dikenali sebagai Samaria.

Setakat ini, tujuh penduduk Palestin yang didakwa sebagai pengganas terbunuh, manakala puluhan lagi tercedera dalam operasi tersebut.

Hagari enggan mengulas berapa lama operasi tersebut akan berjalan, namun dianggarkan akan mengambil masa beberapa hari atau minggu.

Jenin menjadi sasaran tentera rejim kerana dianggap sebagai ‘lokasi utama pengganas bersembunyi’.

Antara lokasi serangan udara yang dilancarkan terlebih dahulu adalah pusat simpanan senjata dan bahan letupan dan pusat komunikasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button