‘Kami terputus hubungan dengan kakitangan di sana sejak dua, tiga hari lalu’ – Brainy Bunch Malaysia
CYBERJAYA – Pengurusan Brainy Bunch Malaysia memaklumkan pihaknya sudah beberapa hari terputus hubungan dengan kakitangannya yang berada di Gaza City, di Tebing Gaza.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Fadzil Hashim, buat masa ini pihaknya hanya mampu berdoa supaya kesemua kakitangan di sana berada dalam selamat.

“Seperti yang kita tahu, kawasan Gaza City di utara tebing itu sudah dikepung tentera zionis.
“Sebelum ini, kami ada berhubungan (menerusi media sosial) namun dua, tiga hari ini kami sudah tidak menerima sebarang berita daripada mereka,” kata Mohd Fadzil, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis March4Gaza dan BMF Global Movement di Malakat Mall, di sini hari ini.
Beliau menambah, sekolah yang dioperasikan menerusi sumbangan rakyat Malaysia mempunyai seramai 20 kakitangan berbangsa Palestin dan 200 pelajar, itu telah tidak beroperasi sejak 8 Okt lalu setelah kekacauan mula meletus di Gaza tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







