LUAR NEGARA

Gelora udara kuat cederakan lebih 10 penumpang, anak kapal Air India

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 12 penumpang dan anak kapal cedera selepas sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan dari Phuket, Thailand ke New Delhi dilanda gelora udara kuat ketika menghampiri fasa pendaratan semalam.

Menurut laporan Gulf News, pesawat Airbus A320 yang mengendalikan penerbangan AI2379 itu mengalami gelora udara secara tiba-tiba beberapa minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi.

Laporan media India yang memetik sumber syarikat penerbangan dan pihak berkuasa penerbangan awam berkata, pesawat itu turut kehilangan ketinggian kira-kira 300 kaki (91 meter) secara mendadak sebelum juruterbang berjaya mengawal semula keadaan dan meneruskan pendaratan dengan selamat.

Sebaik tiba di lapangan terbang, pasukan perubatan telah bersiap sedia untuk memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera.

Laporan awal mengesahkan sekurang-kurangnya 12 individu, termasuk penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan akibat insiden itu, manakala beberapa sumber lain melaporkan seramai 14 orang menerima rawatan perubatan.

Walaupun kebanyakan mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan, beberapa daripada mereka dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button