JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat lelaki dibalut jaring, polis siasat unsur pembunuhan

BATU PAHAT – Polis tidak menolak kemungkinan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan terapung dalam keadaan dibalut jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja dekat sini semalam menjadi mangsa pembunuhan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media.

Menurut beliau, satu kenyataan rasmi berhubung penemuan mayat tersebut akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat serta tubuhnya dibalut menggunakan jaring.

Difahamkan, mayat berkenaan ditemukan oleh penduduk setempat yang pada awalnya menyangka objek tersebut adalah haiwan ternakan yang hanyut di sungai.

Bagaimanapun, selepas menghampiri lokasi, penduduk mendapati ia merupakan mayat manusia sebelum segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta motif kejadian. Kes turut disiasat dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan mempunyai unsur jenayah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button