LUAR NEGARA

Juruterbang warga Malaysia ditahan di Indonesia, mengaku jadi keldai dadah

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan menahan seorang juruterbang warga Malaysia, Selasa lalu selepas dia didakwa membawa 70,114 pil ekstasi dan 2.7 gram syabu.

Menurut CNN Indonesia, suspek berkenaan kemudiannya mengaku bertindak sebagai keldai dadah setelah disoal siasat.

Laporan itu menyebut, suspek kemudiannya ditahan pihak polis dan kastam Indonesia di Terminal 3 Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Eko Hadi Santoso berkata, pegawai kastam mengesan sebuah beg pakaian yang mencurigakan ketika melalui mesin sinar-X.

Ketika suspek mengambil beg berkenaan, pihak berkuasa bertindak menahannya lalu melakukan pemeriksaan fizikal ke atas beg berkenaan.

“Semasa pemeriksaan, pasukan menemukan 14 bungkusan besar pil ekstasi dan satu bungkusan syabu ,” katanya.

Eko berkata, ketika disoal siasat, suspek mengaku diarahkan oleh seorang pengedar dadah dari negara jiran untuk menyeludup dadah berkenaan ke Jakarta dengan bayaran RM50,000.

“Suspek berkata dia kemudiannya akan dihubungi oleh seseorang yang dipercayai berada di Malaysia, yang akan memaklumkan bahawa seorang individu lain akan mengambil dadah itu dari hotelnya,” katanya.

Eko menambah bahawa suspek telah menyeludup dadah masuk ke Indonesia sebanyak dua kali.

Suspek juga didapati positif syabu, ekstasi dan kokain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button