BERITA SEMASA

Agong tidak hadir Istiadat Hari Pahlawan, jalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tidak dapat berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini selepas dinasihatkan berehat oleh pakar perubatan susulan masalah kesihatan yang dialami baginda.

Menerusi kenyataan media Istana Negara, Sultan Ibrahim kini menjalani rawatan susulan bagi kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Menurut kenyataan itu, pakar perubatan menasihatkan baginda supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.

“Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.

“Justeru, Baginda tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya yang berlangsung hari ini,” menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan tempoh rawatan atau jangka masa rehat yang diperlukan oleh Seri Paduka Baginda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button