BERITA SEMASA

JKM rekod 93,000 individu autistik daripada 850,000 OKU berdaftar

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 93,000 daripada 850,000 Orang Kurang Upaya yang berdaftar setakat Jun lepas merupakan golongan autistik.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata, peningkatan pendaftaran itu mendorong kerajaan memperkasakan pelbagai inisiatif sokongan intervensi awal, pendidikan dan latihan kemahiran bagi golongan berkenaan, lapor BERNAMA.

“Mulai 2026, kadar subsidi (bagi yuran pembelajaran dan terapi) adalah sebanyak RM1,000 bagi setiap kanak-kanak autisme yang layak dan diberikan secara one-off.

“…terkini, KPWKM membangunkan sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme di Bangi dengan objektif utama untuk menyediakan sebuah pusat sehenti menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mampu dan mudah diakses,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Melalui inisiatif itu, katanya, kerjasama antara JKM dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Kebangsaan Autisme Malaysia terus diperkukuh supaya golongan itu tidak dipinggirkan serta potensi mereka dapat dioptimumkan sepenuhnya.

Hui Ying berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Dr A. Lingeshwaran mengenai perancangan kerajaan dalam membantu golongan autistik mencapai potensi diri serta sokongan kepada ibu bapa dan penjaga mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button