6,547 permohonan SejaTi MADANI diluluskan, libatkan peruntukan sebanyak RM590 juta
KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM590 juta bagi 6,547 permohonan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang diluluskan sehingga 12 Disember lalu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, angka diperuntukkan itu masih rendah daripada sasaran peruntukan sebanyak RM1 bilion yang disediakan dalam Belanjawan 2024.
“Sarawak mencatatkan peruntukan tertinggi iaitu RM100 juta melibatkan 1,124 permohonan, diikuti Johor RM69.58 juta dengan 742 permohonan,” katanya.
Dr. Zaliha berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Manolan Mohamad berhubung jumlah permohonan SejaTi MADANI melalui Dana Komuniti MADANI di Dewan Negara, hari ini.
Antara negeri-negeri yang turut menerima peruntukan signifikan termasuk Perak, Terengganu dan Kelantan bagi pembangunan komuniti dan kesejahteraan rakyat.
Beliau kemudiannya memberitahu, bagi masyarakat Orang Asli pula, sebanyak 111 permohonan telah diterima, dan daripada jumlah itu, sebanyak 52 permohonan yang mematuhi syarat telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM5.2 juta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








