BERITA SEMASA

Sultan Terengganu sihat, teruskan rawatan susulan di luar negara

PUTRAJAYA – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Sultan Terengganu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, keadaan kesihatan Sultan Mizan adalah baik dan baginda akan meneruskan rawatan susulan seperti yang telah dijadualkan oleh pasukan perubatan baginda di luar negara.

Dalam masa sama, Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan serta kesejahteraan baginda.

Kenyataan itu turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Sultan Mizan serta mempermudahkan segala urusan baginda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button