BERITA SEMASA

PRN Negeri Sembilan: Penyandang DUN Jeram Padang hadapi saingan 4 penjuru

JEMPOL – Persaingan bagi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Jempol pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini menyaksikan DUN Jeram Padang mencatatkan saingan paling sengit dengan pertandingan empat penjuru.

DUN Jeram Padang menyaksikan, penyandangnya, Muhammad Zaidi Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) dicabar tiga calon lain iaitu Sanjivan daripada BERSATU, Manivannan Govindasami Pakatan Harapan (PH) dan Dayana Dan mewakili Parti Asli.

prn negeri sembilan
Calon dan penyokong Pakatan Harapan

Pengumuman calon bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN berkenaan selepas selesai proses semakan kertas penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di sini hari ini.

Bagi DUN Serting pula tiga calon disahkan bertanding iaitu Ustaz Firuz Isa daripada Perikatan Nasional (PN), Afendi Saleh (BERSATU) dan Yaakub Mahmud mewakili PH.

calon orang asli
Calon wanita dari Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Dayana Dal DUN Jeram Padang

Sementara itu, DUN Palong turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Mustafa Nagor daripada BN, Muhammad Zahin Zainal Abidin (PH) dan Rabin Birham (BERSATU).

Manakala DUN Bahau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PH, Teo Kok Siong dan calon BN, Chong Fui Ming.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya memaklumkan semua calon yang mengemukakan borang pencalonan disahkan selepas semakan dibuat dan tiada kertas penamaan calon ditolak.

Bagi PRN Negeri Sembilan, SPR menetapkan hari pengundian awal pada 28 Julai ini, manakala hari mengundi akan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Pusat-pusat mengundi akan dimaklumkan menerusi Borang 8 iaitu notis pilihan raya yang akan diwartakan serta dipamerkan di lokasi ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button