Polis kesan suspek pukul Youtuber
PETALING JAYA – Polis sedang mengesan suspek kejadian pukul seorang YouTuber dan pengkritik bola sepak di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 7.56 kelmarin.
Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan termasuk patah tulang mata selepas dipukul dua individu tidak dikenali.
Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa yang ingin mengisi angin tayar kenderaannya didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal Yamaha LC.
“Suspek kemudian memukul mangsa berkali-kali sebelum merakam video kejadian dan melarikan diri dari lokasi.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah tulang mata serta beberapa kecederaan lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Danish Noor Azri di talian 013-6201412 bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam amsa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebarkan bahan berkaitan kejadian di mana-mana platform sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







