Senator pro-Israel, Lindsey Graham meninggal dunia
WASHINGTON – Senator Carolina Selatan, Lindsey Graham, yang merupakan antara penyokong paling lantang Israel di Capitol Hill, dilaporkan meninggal dunia malam tadi akibat “penyakit yang berlaku secara mengejut”.
Kematian Graham dimaklumkan Pengarah Komunikasi Semasa mendiang dalam satu kenyataan, hari ini .
“Keluarga Senator Graham menghargai segala doa pada waktu ini dan memohon supaya privasi mereka dihormati dalam tempoh yang amat sukar ini,” menurut kenyataan tersebut.
Mendiang yang sebelum ini merupakan pengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika beliau bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2016, kemudiannya menjadi antara penyokong paling setia kepada Presiden AS itu.
Graham yang dianggap mempunyai hubungan rapat dengan Trump, turut menggunakan hubungan tersebut untuk melobi secara agresif supaya AS mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran.
Mendiang kerap mengunjungi Israel bagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi negara itu dan merupakan antara pelobi kuat proses normalisasi antara negara tersebut dengan Arab Saudi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















