BERITA SEMASAPOLITIK

Kor Ming elak jawab isu letak jawatan, mahu terus fokus bantu rakyat

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan mengulas lanjut berhubung ikrar terdahulunya untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat serta membantu mereka yang memerlukan.

Menurut Kor Ming, beliau lebih mahu memberi tumpuan kepada usaha menangani kesusahan yang dihadapi rakyat berbanding membincangkan isu politik.

“Hati saya benar-benar bersama rakyat. Saya dapat merasai kesakitan dan kesusahan mereka. Apabila saya datang untuk membantu, mari kita elakkan semua isu ini.

“Saya tahu matlamat anda (wartawan). Anda mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Saya juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Mari kita bekerja untuk rakyat dan negara. Fokus kepada kesejahteraan rakyat. Saya juga mempunyai tugas-tugas yang perlu saya selesaikan,” katanya memetik laporan Metro Online.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan wang tunai kepada mangsa ribut di Kampung Bercham, di sini hari ini.

Semalam, PRN Johor menyaksikan BN mencatat kemenangan besar apabila memenangi 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, dengan PH meraih 8 kerusi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button