Sastera

Aizuddinur Zakaria lancar buku baharu bertajuk Forensik Syariah

KUALA LUMPUR – Penulis buku, Aizuddinur Zakaria melancarkan buku baharu berjudul Forensik Syariah yang mengabungkan dua disiplin pengajian yang berbeza iaitu Islam dan penyiasatan.

Buku tersebut ditulis bersama Timbalan Dekan University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCED) dan Penasihat Syariah Halal Food Authority and Ar-Rayyan Bank yang mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam bidang syariah forensik.

Menurut Halal Focus Asia dalam satu kenyataan, buku tersebut menerapkan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk menyiasat aktiviti ketidakpatuhan syariah, pendapatan, dan salah laku lain.

“Dalam buku ini, A Zakaria, NAA Ghani dan A Barkatullah membawa pembaca melalui disiplin pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam semua spektrum ekonomi, penyelidikan, dan pembangunan halal.

“Melalui penceritaan yang jelas dan kandungan baharu, pembaca akan meneroka pemikiran, idea dan pengalaman penulis,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, antara topik yang ditulis dalam buku tersebut ialah salah faham terhadap bank Islam, konsep peristiwa bukan syariah di bank-bank Islam, peranan tadbir urus syariah, kaedah forensik syariah dan analisis forensik syariah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button