Bekas Mufti Wilayah Persekutuan perkenal watak pegawai Syariah AI
KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini memperkenalkan dua watak digital baharu yang dibangunkan melalui kecerdasan buatan (AI) sebagai Pegawai Pintar Syariah (PPS) di bawah inisiatif Maktabah Al-Bakri.
Beliau berkata, karakter digital yang dinamakan AI Dr Munir dan AI Dr. Munirah merupakan satu usaha untuk memperkasa dakwah digital dan ilmu Syariah melalui teknologi moden.
Katanya, kedua-dua entiti AI tersebut dibangunkan hasil kerjasama antara platform kecerdasan buatan global, ChatGPT Plus (dibangunkan oleh OpenAI) dan syarikat pembangunan persona digital tempatan, Hedra Studio.
“Kedua-dua berperanan dalam merumuskan jawapan kepada lebih 9,000 persoalan-persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pangkalan data aplikasi Al-Inarah.
“Jangan risau, mereka telah diprogramkan agar mesra media sosial dan jawapan yang diberikan adalah selari dengan pendirian saya dalam hal ehwal agama,” katanya dalam satu kenyataan di aplikasi X.
Menurut Dr. Zulkifli, pelancaran itu hanya permulaan kepada inisiatif yang lebih besar dalam memperluaskan ilmu Islam menerusi pendekatan digital dan pintar.
“Ini baru permulaan. Nantikan lebih banyak kejutan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








