PRN Johor: Balai Raya Pulau Besar pusat mengundi pertama ditutup
CYBERJAYA – Balai Raya Pulau Besar di Mersing menjadi pusat mengundi pertama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 ditutup, hari ini.
Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tenggaroh, Jamil Hasni Abdullah, pusat mengundi yang mempunyai satu saluran dan 32 pengundi itu ditutup pukul 11 pagi tadi, selepas dibuka tiga jam untuk proses pengundian, lapor BERNAMA.
“Pusat mengundi di Balai Raya Pulau Aur dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil pula ditutup pukul 12 tengah hari, manakala Balai Raya Pulau Sibu serta SK Pulau Tinggi pukul 2 petang tadi,” katanya.
Semua pusat mengundi di lima pulau berkenaan melibatkan 690 pengundi berdaftar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan, 56.77 peratus daripada lebih 2.6 juta pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 3 petang tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















