BERITA SEMASAPMX

Harga beras tempatan masih terkawal – PM

DENGKIL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan harga beras import bagi pasaran tempatan yang dikendalikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berada dalam keadaan terkawal.

Mengulas dakwaan yang mengatakan harga beras naik disebabkan monopoli Bernas, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, konsensi beras yang diberikan kepada Bernas sudah ditandatangani dan dipersetujui bagi tempoh 10 tahun iaitu bermula dari 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

“Soal monopoli beras ini sudah diputuskan dulu (kerajaan terdahulu) dan telah ditandatangani sepuluh tahun jadi kita kena runding.

“Setakat ini, kita dapat pastikan bahawa beras import Bernas itu memang terkawal. Tapi kita boleh teliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas makan tengah hari di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mendakwa monopoli oleh Bernas dalam pengimportan beras menyebabkan harga beras import kini tidak mampu dibeli oleh pengguna.

Ameer yang muncul pada rancangan bual bicara FMT, “Stakeholders” turut menggesa kerajaan mengeluarkan beras premium bagi eksport, dan mengimport beras kualiti rendah bagi kegunaan tempatan.

Sebelum ini, kerajaan belum bercadang untuk menghapuskan monopoli Bernas sebagai pengimport beras di negara ini kerana yakin dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button