Suspek kes tikam direman 4 hari
BANTING – Suspek insiden tikam pelajar sebuah sekolah, di sini semalam direman selama empat hari.
Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok, di sini.
Sementara itu, peguam yang mewakili suspek mengesahkan bahawa suspek merupakan orang kurang upaya (OKU).
“Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” kata peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Vijeswari Devi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga berusia 15 tahun cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




















