POLITIK

PH cabar MB Johor perjelas dakwaan persefahaman BN-PAS berkait ADUN lantikan

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mencabar Menteri Besar Johor memberikan penjelasan terbuka berhubung kemungkinan wujud persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS susulan kenyataan bahawa calon BN yang tewas tidak akan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Kartiyaini Jeyapalan berkata, kenyataan tersebut menimbulkan tanda tanya mengenai pihak yang bakal mengisi kuota ADUN lantikan sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, keadaan itu menjadi lebih menarik apabila PAS tidak meletakkan calon di kebanyakan kerusi yang ditandingi pada PRN kali ini.

“Jika benar calon BN yang kalah tidak akan dilantik sebagai ADUN lantikan, rakyat berhak mengetahui siapa yang akan mengisi kuota tersebut.

“Apabila PAS tidak bertanding di kebanyakan kerusi, sudah tentu timbul persoalan sama ada wujud persefahaman politik antara BN dan PAS, termasuk kemungkinan melibatkan pelantikan ADUN lantikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kartiyaini berrkata, beliau tidak menuduh mana-mana pihak, sebaliknya menuntut penjelasan bagi mengelakkan spekulasi berterusan menjelang hari pengundian.

kartiayni
Kartiyaini berrkata, beliau tidak menuduh mana-mana pihak, sebaliknya menuntut penjelasan bagi mengelakkan spekulasi berterusan menjelang hari pengundian.

Menurutnya, dalam sistem demokrasi yang matang, sebarang bentuk rundingan atau persefahaman politik yang memberi kesan kepada pembentukan kerajaan negeri seharusnya diketahui rakyat.

“Jika benar tiada sebarang perjanjian atau rundingan di belakang tabir, Menteri Besar dan kepimpinan BN perlu menafikannya secara jelas.

“Rakyat Johor berhak mengetahui gambaran sebenar susunan politik yang bakal terbentuk selepas pilihan raya. Ketelusan adalah kunci bagi mengelakkan pelbagai andaian dan spekulasi,” katanya lagi.

Beliau berkata, penjelasan terbuka daripada BN amat penting bagi memastikan pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap dan telus, khususnya apabila isu ADUN lantikan mula menjadi perhatian dalam kempen PRN Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button