BERITA SEMASA

Anwar semarakkan KIBAR Johor, perkasa suara belia akar umbi

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Johor 2026 di Blok 13, Taman Melor, Tampoi di sini hari ini.

menteri belia dan sukan
Dr Taufiq Johari

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari bersama kepimpinan tertinggi kementerian serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

KIBAR merupakan inisiatif KBS yang diperkenalkan menerusi pendekatan lebih segar, inklusif dan berimpak tinggi bagi memperkasa golongan belia akar umbi, khususnya mereka yang tidak terlibat dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan.

Program berkenaan bertujuan menggalakkan penyertaan belia dalam ekosistem persatuan, mendekatkan mereka dengan kepimpinan kerajaan, membuka ruang penyampaian aspirasi secara langsung serta meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab dalam pembangunan negara.

Johor menjadi destinasi keempat KIBAR selepas Selangor, Sarawak dan Melaka, daripada keseluruhan 17 siri penganjuran yang dijadualkan di seluruh negara.

Pendekatan itu dilihat mampu memastikan capaian program lebih menyeluruh termasuk kepada belia di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pelaksanaan KIBAR turut mendapat kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik termasuk IMPACT Integrated, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Majlis Belia Malaysia (MBM).

Antara pengisian utama KIBAR Johor ialah sesi Town Hall bersama Menteri Belia dan Sukan, sesi interaktif bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, perkongsian belia berpersatuan oleh ROY, debat santai kepimpinan, Jualan Agro MADANI, pertandingan sukan elektronik dan sukan rakyat.

KBS menjangkakan program itu mampu memberi impak positif melalui peningkatan penyertaan belia dalam pertubuhan dan komuniti, mengukuhkan hubungan antara belia dengan kepimpinan negara serta memperkasakan suara generasi muda dalam pembangunan nasional.

Menurut kementerian itu, KIBAR juga diharap menjadi pemangkin kepada gerakan pembangunan belia yang progresif, inklusif dan berdaya tahan selaras dengan Model Pembangunan Belia MADANI 2030, Pelan Tindakan Pembangunan Belia 2035 serta kerangka Malaysia MADANI.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button