KJ patut ‘copy paste’ semangat beliau kepada Onn Hafiz – Fahmi
BATU PAHAT – Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil mahu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya mencontohi semangat Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didakwa lebih aktif berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Khairy juga dilihat lebih bersedia untuk berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik, berbanding Onn Hafiz.
“Saya lihat Khairy Jamaluddin seolah-olah berkempen lebih kuat daripada Onn Hafiz dan silap-silap Khairy Jamaluddin bersedia untuk berdebat dengan Maszlee Malik.
“Jadi, alangkah baiknya kalau Onn Hafiz mempunyai keupayaan dan kewibawaan seperti Khairy Jamaluddin. Patut semangat Khairy Jamaluddin itu ‘copy paste’ pada Onn Hafiz,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ramah Mesra Menteri Komunikasi bersama Penduduk Kampung Istana di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan Khairy yang menyatakan manifesto PH bagi PRN Johor sebagai manifesto ‘copy paste’ daripada Barisan Nasional (BN).
Semalam, ketika berucap pada Program Himpunan Anak Muda Tiram, Khairy menyifatkan manifesto PH yang dilancarkan sebagai manifesto ‘copy paste’.
Beliau mendakwa, kandungan manifesto berkenaan bukan sesuatu yang baharu kerana apa yang terkandung di dalamnya sudah pun dan sedang dilaksanakan oleh BN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















