BERITA SEMASA

MCMC pastikan perkhidmatan internet di tahap optimum sepanjang PRN Johor

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan perkhidmatan internet berada pada tahap optimum sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, MCMC akan menjalankan pemantauan secara berterusan di lokasi yang dijangka menyaksikan peningkatan mendadak penggunaan internet bagi memastikan rangkaian kekal stabil, lapor Berita RTM.

Langkah itu, katanya, amat penting memandangkan sepanjang tempoh kempen, parti-parti politik dijangka menganjurkan pelbagai ceramah dan perhimpunan yang menghimpunkan ribuan penyokong.

“Kami juga faham bahawa sepanjang kempen, parti-parti politik mungkin akan menganjurkan ceramah atau perhimpunan penyokong yang menyebabkan penggunaan internet meningkat secara mendadak.

“Jadi, MCMC sentiasa bersedia untuk memastikan, tanpa mengira parti yang terlibat, sekiranya terdapat perhimpunan atau acara berskala besar, MCMC akan turun padang bagi memantau keadaan rangkaian internet,” katanya.

Dalam pada itu, Nie Ching turut menggalakkan orang ramai memuat turun aplikasi MCMC Nexus bagi membantu memantau kekuatan liputan internet di sesuatu lokasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button