Konvoi kemanusiaan mula masuki Gaza
RAFAH – Setelah beberapa hari menunggu, konvoi bantuan kemanusian dilaporkan mula memasuki Tebing Gaza menerusi pintu sempadan Rafah pada kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan) tadi.
Laporan televisyen Mesir turut menunjukkan visual konvoi bantuan yang mengandungi 20 buah trak tersebut melintasi pintu sempadan masuk ke Gaza.
Difahamkan, konvoi tersebut membawa bantuan sumbangan kerajaan Mesir.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam ciapannya berkata, bekalan perubatan akan turut dihantar ke Gaza, mulai hari ini.
“Sebentar lagi, bekalan perubatan WHO akan mula bergerak ke Gaza menerusi Rafah.
“WHO turut menyeru supaya anggota bantuan kemanusian ini dilindungi dan akses yang berterusan kepada bantuan,” katanya dalam ciapan tersebut.
Bagaimanapun, belum dapat disahkan sama ada terdapat warga asing yang sudah dibenarkan keluar dari Gaza melalui laluan ini.