BERITA SEMASA

JAIS serbu premis disyaki markas ajaran Syiah

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah premis yang disyaki menjadi markas ajaran Syiah di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana, Petaling Jaya, kelmarin.

Serbuan pada pukul 9.34 malam itu turut menemui seramai 226 warga asing termasuk kanak-kanak di dalam premis tersebut.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, serbuan itu dibuat susulan maklumat awam yang diterima pihaknya mengenai penyebaran ajaran Syiah.

Tindakan itu dilaksanakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 melibatkan siasatan mengikut Seksyen 12(c) berkaitan menghina pihak berkuasa agama.

“Selain itu, ia meliputi Seksyen 13 enakmen sama berkaitan penyebaran pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Seksyen 16 pula melibatkan penerbitan bertentangan dengan hukum syarak terhadap aduan yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah

“Kesemua 226 individu yang berada dalam premis itu merupakan warga Pakistan, India dan Bangladesh. Pemeriksaan mendapati mereka terdiri daripada 147 lelaki, 51 wanita dan 28 kanak-kanak,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, Majlis Bandaraya Subang Jaya turut mengeluarkan notis di bawah Subseksyen 72(1)(a) dan (c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] berkaitan beberapa ketidakpatuhan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan dan pemilik premis turut diberi tempoh 14 hari bagi mematuhinya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ajaran Syiah diseru menyalurkannya kepada Hotline JAIS di talian 1800-88-2424 bagi tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button