Anggota polis cedera ketika operasi tahan penagih dibenarkan keluar hospital
LARUT – Dua anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Selama yang cedera ketika operasi menahan lelaki dipercayai penagih, Selala lalu, dibenarkan keluar dari Hospital Taiping, hari ini.
Anggota yang masing-masing berpangkat konstabel dan sarjan itu cedera akibat dilibas sebilah pisau ketika cuba menahan suspek di sebuah rumah di Kampung Sungai Jernih, Ijok, dekat sini.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Ramzi Mahmudin, suspek berkenaan masih bebas dan belum ditangkap.
Menurutnya, Ops Tutup masih lagi dilaksanakan bagi mengesan suspek.
Laporan media sebelum ini menyebut, dua anggota polis parah diserang seorang suspek dipercayai penagih dadah menggunakan pisau di Kampung Sungai Jernih.
Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, konstabel polis cedera serius di muka, manakala sarjan cedera di kepala, lengan dan perut selepas diserang suspek yang bertindak agresif ketika cuba diberkas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







