BMW, Perodua Axia terbakar depan KL Gateway Mall
KUALA LUMPUR – Sebuah kereta BMW musnah sepenuhnya manakala Perodua Axia mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus selepas kedua-duanya terbakar di hadapan KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, di sini malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 berhubung kejadian pada pukul 9.53 malam.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Mokhtar Ramli berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan dua buah kenderaan.
“BMW terbakar 100 peratus manakala Perodua Axia musnah kira-kira 30 peratus.
“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, operasi melibatkan enam anggota bomba dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








