BERITA SEMASA

Fattah Amin, Amira Othman timang cahaya mata lelaki

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman selamat menimang cahaya mata lelaki sulung pada jam 6.20 petang di sini, semalam. 

Berita gembira itu diumum Fattah melalui hantaran Instagram (IG) dengan memaklumkan bayi lelaki terbabit diberi nama, Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

“Alhamdulillah, isteri saya, Nadia Amira Othman selamat melahirkan bayi kami pada jam 6.20 petang semalam,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Fattah turut memuat naik foto mendukung bayi mereka sambil wajah si kecil ditutup dengan emoji tangan berdoa.

Fattah juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Dia turut menitipkan doa agar putera sulungnya itu membesar menjadi anak yang soleh.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Jarir membesar menjadi anak yang soleh serta penyejuk hati Mommy dan Daddy,” katanya.

Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu pada majlis di Sepang, Selangor.

Fattah memiliki seorang anak, Nur Fatima Aisya yang berusia enam tahun bersama bekas isteri, Nur Fazura.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button