Pelajar Tingkatan Satu dipercayai parah jatuh bangunan sekolah
IPOH – Seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah dilaporkan parah setelah dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah berkenaan, di sini hari ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, yang memaklumkan kejadian itu berkata, kejadian dipercayai berlaku tengah hari tadi.
Difahamkan, pelajar tersebut kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sini.
“Petang ini saya dikejutkan dengan pemakluman tentang kejadian seorang pelajar terjatuh dari bangunan, selesai urusan mesyuarat saya bergegas ke Unit Kecemasan HRPB Ipoh bagi mendapat makluman awal tentang kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi.
“Saya sempat berbual dengan kedua dua ibu bapa mangsa dan menyatakan segala rasa simpati kepada keluarga yang terlibat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.
Hadir sama bertemu keluarga mangsa di HRPB, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Azam Ahmad.
Khairudin turut memaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak sudah diarahkan menyediakan laporan penuh mengenai kejadian berkenaan.
Beliau turut mengarahkan semua pengurusan sekolah di negeri ini untuk sentiasa peka terhadap keadaan sekitar supaya kejadian seumpamanya tidak berulang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








