PRN Johor: Majlis Tertinggi PN bermesyuarat 22 Jun
KOTA BHARU – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan bermesyuarat 22 Jun ini bagi membincangkan beberapa isu termasuk penggunaan logo gabungan itu serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebarang keputusan yang melibatkan PN perlu diputuskan menerusi mesyuarat rasmi gabungan dan bukannya secara unilateral oleh mana-mana parti komponen.
Menurutnya, isu penggunaan logo PN dalam pilihan raya termasuk di Johor masih belum dimuktamadkan dan akan dibincangkan secara menyeluruh dalam mesyuarat berkenaan.
“Notis mesyuarat sudah dikeluarkan hari ini dan antara perkara yang akan dibincangkan ialah isu-isu berkaitan PN termasuk penggunaan logo serta persiapan pilihan raya.
“Kalau melibatkan urusan PN, ia mesti diputuskan dalam mesyuarat PN kerana gabungan ini mempunyai beberapa parti komponen yang perlu mencapai persetujuan bersama,” katanya selepas hadir pada Pelancaran Logo Baharu dan Barisan Kejurulatihan Kelantan City FC, di sini hari ini.
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Parti Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menggunakan logo PN pada PRN Johor.
Annuar menambah, setakat ini belum ada sebarang keputusan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.
Menurutnya, penggunaan logo PN tertakluk kepada peraturan gabungan dan memerlukan kelulusan serta pengesahan daripada kepimpinan tertinggi PN.
Beliau dalam masa turut berkata, soal pembahagian kerusi bagi PRN Johor juga masih belum diputuskan.
Katanya, semua perkara berkaitan strategi pilihan raya akan dibincangkan dalam semangat musyawarah demi memastikan kesepakatan dalam gabungan itu terus terpelihara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








