BERITA SEMASAPOLITIK

DAP akan bertanding di 17 kerusi DUN pada PRN Johor

KUALA LUMPUR – DAP mengesahkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, termasuk mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, daripada jumlah itu, 10 merupakan kerusi yang dimenangi parti berkenaan pada pilihan raya terdahulu.

Menurutnya, DAP turut akan bertanding semula di empat kerusi yang gagal dimenangi sebelum ini.

“Seperti yang telah dinyatakan, kami akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu. Kami menang 10 kerusi dan bertanding di 14 kerusi ketika itu.

“Empat kerusi yang ditandingi pada pilihan raya lalu akan ditandingi semula,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Dokumentari Perjalanan 60 tahun DAP di Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau berkata, selain itu, DAP turut mengenal pasti tiga lagi kerusi baharu sebagai sasaran bagi memperluaskan pengaruh parti di Johor.

“Secara keseluruhannya, kami sedang melihat untuk bertanding di 17 kerusi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anthony berkata, DAP juga akan mempertahankan kesemua 11 kerusi DUN yang dimenanginya di Negeri Sembilan.

Menurut beliau, keputusan itu mencerminkan keyakinan parti terhadap prestasi wakil rakyat sedia ada selain usaha memperkukuhkan kedudukan DAP di negeri-negeri terbabit menjelang pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan kerusi baharu yang menjadi sasaran parti itu di Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button